Click here for Myspace Layouts

Tabung Klik2

Friday 14 September 2012

tips baju

Memaparkan catatan dengan label Tip Bergaya Untuk Tubuh Gempal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip Bergaya Untuk Tubuh Gempal. Papar semua catatan


Tip Bergaya Untuk Tubuh Gempal




Jika anda tergolong dalam kategori pemilik tubuh gempal dan rendah ataupun bersaiz XL, elakkan mengenakan baju dengan potongan melintang (jahitan dan warna) yang terlalu banyak kerana ia boleh menampakkan tubuh tambah rendah. Anda perlu hindari pemilihan tona cerah seperti merah jambu, kuning air atau krim. Prinsip dan mainan warna patut diteliti kerana warna terang tentunya akan menampakkan badan anda kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar.

Bagaimanapun, untuk majlis akad nikah, warna putih dibolehkan tapi pastikan ia putih gading. Lebih manis jika baju dibuat potongan kurung moden ataupun mini kurung
separas atas paha untuk majlis persandingan dan dipadankan bersama kain potongan duyung menggunakan fabrik sifon. Pemakaian gaun putih gading dan penggunaan aksesori vale atau layah labuh hingga bawah punggung menjadikan pengantin gempal nampak tinggi. Apakata kita lihat TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN XXL.

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang lebar dan buntu mahu memakai baju tradisional yang boleh menutup pinggul anda yang lebar, selain baju kurung atau baju kebaya, apakata anda baca tips dan fesyen lain untuk baju anda.

Design pertama:Baju ala-ala kurung moden, tetapi ianya agak longgar dan selesa di pakai. Disamping itu anda boleh menyembunyikan juga pinggul anda yang lebar tu. Buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. Terpulang pada pemakai. sama ada nak tambahkan lisu(dart) atau biarkan potongan lurus. Biasanya baju sebegini dipadankan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kurang sesuai. Ini kerana baju tu agak labuh dan mencecah lutut. Jikalau anda ingin menggunakan fabrik yang kosong, tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. Potongan leher V juga dapat membentuk leher anda kelihatan lebih jinjang. Elakkan potongan leher yang berkolar.

Design kedua:
Ramai di antara kita yang terlupa dengan baju kurung kedah. Tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan tubuh badan kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah bermaksud kita buat baju kurung kedah yang opah-opah selalu pakai tu. Anda 'renovate' sedikit... biasanya baju ini tidak ada lisu(dart) tetapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. Baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik terpulang kepada sipemakai. Labuh tangan pula adalah 3 suku. Tetapi juga boleh diubah menjadi labuh separas pergelangan tangan. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Design ketiga:
Baju ala-ala mini jubah. Jubah yang biasa dipakai dengan seluar. Labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi rendah. Manakala potongan leher bentuk sampan juga dapat menjinjangkan leher anda. Cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja. Elakkan dari belahan baju di kedua-dua bahagian. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.

Bahagian yang sangat perlu dititik beratkan:
1. potongan lengan yang kembang tu akan menampakkan kelebaran badan anda menjadi lagilah lebar.
2. baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal. Ia akan menampakkan anda semakin rendang :).
3. pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa anda yang lebar terutama di bahagian sisi badan

Selamat mencuba...


be yourself @_^

No comments:

Tabung Klik2