Click here for Myspace Layouts

Tabung Klik2

Saturday 29 September 2012

baju perkep

nk tauu baju perkep 2 camne,,,ni laa dia,,huhu :D




PERKEP - "B" Coy 11


Maksud Logo
Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia.

Penjelasan Logo:
Bunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.

Bentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.

Bentuk Orang.:
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari berbagai kaum dan peringkat.

Bentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.

Warna Putih :
Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier di dalam pasukan.

Bendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.


SEJARAH PERKEP
Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.
Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur
dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.

Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B. Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.
Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

TUJUAN DAN OBJEKTIF
PERKEP - "B" Coy 11Untuk menggalakkan perasaan berbaik-baik dan semangat persaudaraan dikalangan ahli-ahlinya.

PERKEP - "B" Coy 11Untuk menambahkan pengetahuan am dan meluaskan pandangan ahli-ahlinya.

PERKEP - "B" Coy 11Untuk menyediakan kemudahan ke arah kemahiran Sains Rumahtangga dan pelajaran termasuk nilai-nilai keagamaan yang memberi faedah kepada ahli-ahlinya.

PERKEP - "B" Coy 11Berusaha untuk menyediakan satu saluran penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli dengan kebenaran.

PERKEP - "B" Coy 11Mengadakan jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar, selaras dengan objektif PERKEP.

PERKEP - "B" Coy 11Untuk menjaga kebajikan ahli– ahli serta keluarga.

PERKEP - "B" Coy 11Untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat kerjasama serta persaudaraan di kalangan ahli-ahlinya melalui aktiviti-aktviti rekreasi dan sebagainya.

PERKEP - "B" Coy 11Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh PERKEP hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan PERKEP dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli PERKEP. Sunggguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja PERKEP ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada PERKEP.

AHLI BIASA
Keahlian adalah terbuka kepada semua isteri Pegawai Polis, Pegawai Polis Wanita, Isteri Anggota Polis, Anggota Polis Wanita, Isteri Pegawai Awam dan Pegawai Awam Wanita di dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia. Mereka adalah layak untuk mengundi dan memegang jawatan.

AHLI KEHORMAT
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dari kalangan ahli biasa yang telah bersara daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia, tetapi tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pusat. Jawatankuasa Pusat boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab. Ahli Kehormat adalah layak menggunakan semua kemudahan di dalam PERKEP, tetapi tidak layak untuk mengundi atau memegang jawatan.

AHLI BERSEKUTU
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pusat. Kepada anak-anak perempuan ahli-ahli biasa, yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka adalah layak menggunakan semua kemudahan di dalam PERKEP, tetapi tidak layak untuk mengundi dan memegang jawatan.


LAGU PERKEP
PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita

Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan

Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatin
Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama




Tatacara Pemakaian Baju PERKEP & Contoh Aksesori 


PERKEP - "B" Coy 11PERKEP - "B" Coy 11PERKEP - "B" Coy 11
PERKEP - "B" Coy 11

be yourself @_^

No comments:

Tabung Klik2