nk tauu baju perkep 2 camne,,,ni laa dia,,huhu :D
Maksud Logo
Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia
dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu
dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat
dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli
serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja
Malaysia.
Penjelasan Logo:
Bunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.
Bentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.
Bentuk Orang.:
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari
berbagai kaum dan peringkat.
Bentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.
Warna Putih :
Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier
di dalam pasukan.
Bendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana
bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.
SEJARAH PERKEP
Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama
ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa
yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di
seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari
ini.
Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya
dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat
pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi
oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara
ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober
1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu
Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat
Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur
dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.
Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan
oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B.
Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu
Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri
Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat
tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi
persatuan.
Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat
nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M.
779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang
berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga
ke hari ini.
TUJUAN DAN OBJEKTIF
Untuk
menggalakkan perasaan berbaik-baik dan semangat persaudaraan dikalangan
ahli-ahlinya.
Untuk
menambahkan pengetahuan am dan meluaskan pandangan ahli-ahlinya.
Untuk
menyediakan kemudahan ke arah kemahiran Sains Rumahtangga dan pelajaran
termasuk nilai-nilai keagamaan yang memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
Berusaha
untuk menyediakan satu saluran penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli
dengan kebenaran.
Mengadakan
jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar,
selaras dengan objektif PERKEP.
Untuk
menjaga kebajikan ahli– ahli serta keluarga.
Untuk
memupuk dan memperkukuhkan semangat kerjasama serta persaudaraan di kalangan
ahli-ahlinya melalui aktiviti-aktviti rekreasi dan sebagainya.
Semua
wang dan keuntungan yang didapati oleh PERKEP hasil dari penyertaannya dalam
mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan
dan menjalankan tujuan-tujuan PERKEP dan tidak sebahagian pun daripada wang atau
keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus
kepada sebarang ahli PERKEP. Sunggguhpun begitu, peruntukan ini tidak
menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, membayar gaji
atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja PERKEP
ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada PERKEP.
AHLI BIASA
Keahlian adalah terbuka kepada semua isteri Pegawai Polis, Pegawai Polis
Wanita, Isteri Anggota Polis, Anggota Polis Wanita, Isteri Pegawai Awam dan
Pegawai Awam Wanita di dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia. Mereka adalah
layak untuk mengundi dan memegang jawatan.
AHLI KEHORMAT
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dari kalangan ahli biasa
yang telah bersara daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia, tetapi
tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pusat. Jawatankuasa Pusat boleh
mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa
sebab. Ahli Kehormat adalah layak menggunakan semua kemudahan di dalam PERKEP,
tetapi tidak layak untuk mengundi atau memegang jawatan.
AHLI BERSEKUTU
Keahlian adalah terbuka melalui permohonan bertulis dan tertakluk kepada
kelulusan Jawatankuasa Pusat. Kepada anak-anak perempuan ahli-ahli biasa, yang
belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka adalah layak menggunakan
semua kemudahan di dalam PERKEP, tetapi tidak layak untuk mengundi dan memegang
jawatan.
LAGU PERKEP
PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita
Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan
Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatin
Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama
Tatacara Pemakaian Baju PERKEP & Contoh Aksesori
be yourself @_^